Panduan Pemilihan IPT Swasta

Perkara-Perkara Yang Perlu Diambil Kira Sewaktu Memilih IPTS:

Perkara Penerangan
Semak sijil daftar IPTS
  1. Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  2. Contoh no. rujukan perakuan pendaftaran Universiti/ Kolej Universiti/ Kolej :KPT/JPT/DI-T/US/B21, B4P 8089, DK700-01(K).
  3. Sijil Perakuan Pendaftaran (dipamerkan di premis).
Kursus Pengajian
  1. Kursus pengajian yang ditawarkan telah mendapat kelulusan pengendalian dari KPT.Mencapai tahap minimum perakuan Akreditasi/ Akreditasi Provisional daripada MQA (http://www.mqa.gov.my).
  2. Bidang pengajian yang dipilih mestilah :
    • Sesuai dengan kelayakan dan memenuhi syarat kemasukan ke IPTS tersebut.
    • Bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.
  3. Semak tempoh dan Mod pengajian (Sepenuh masa atau separuh masa).
  4. Buat perbandingan dengan IPTS lain yang menawarkan program pengajian yang sama.
  5. Semak status kursus pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan Profesional (Cth : Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Farmasi, Majlis Perubatan Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Lembaga Jururawat dan lain-lain).

* Sila muat turun e-book Panduan Pemilihan IPTS untuk perincian maklumat

Syarat Kelayakan Masuk
  1. Pastikan kelayakan anda memenuhi syarat yang ditetapkan oleh KPT. Pelajar boleh menyemak syarat kelayakan di IPTS tersebut.
  2. Syarat kelayakan am adalah seperti berikut :
    Tahap Pengajian Kelayakan Minimum
    SIJIL Memiliki kelayakan SPM dengan minimum kepujian dalam satu
    (1) mata pelajaran atau kelayakan yang setaraf dengannya.
    DIPLOMA Memiliki kelayakan SPM dengan minimum kepujian dalam tiga
    (3) mata pelajaran atau kelayakan yang setaraf dengannya
    (kecuali program kejururawatan – Memiliki kelayakan SPM
    dengan minimum kepujian dalam lima (5) mata pelajaran).
    SARJANA MUDA Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam
    dua (2) mata pelajaran atau kelayakan yang setaraf
    dengannya.
  3. Bagi program-program di bawah badan profesional yang ditubuhkan melalui akta, kelayakan masuk adalah tertakluk kepada ketetapan badan profesional yang berkenaan.
  4. Senarai kelayakan masuk pelajar antarabangsa boleh dirujuk dalam Laman Web MQA atau kepada Unit Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti, MQA.

Peringatan:

  • Pelajar tidak akan diberi sijil sekiranya didapati tidak cukup syarat.
  • Berhati-hati sekiranya menggunakan keputusan ramalan/percubaan.

* Sila muat turun e-book Panduan Pemilihan IPTS untuk perincian maklumat

Yuran Pengajian

Sebelum bersetuju dengan tawaran daripada IPTS, ibu bapa dan pelajar perlu ambil maklum dan meneliti perkara berikut :

  1. Teliti setiap maklumat berikut sebelum bersetuju dengan sebarang tawaran daripada pihak IPTS dengan baik seperti surat tawaran, yuran keseluruhan / struktur yuran, program pengajian, fee refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.
  2. Semak polisi pemulangan yuran.
  3. Simpan invois / resit bagi setiap pembayaran.

* Sila muat turun e-book Panduan Pemilihan IPTS untuk perincian maklumat

Pembiayaan Pengajian
  1. Sebelum melanjutkan pengajian, ibu bapa dan pelajar perlu membuat perancangan berhubung sumber kewangan bagi pelajar melanjutkan pengajian di IPTS.
  2. Tahukah anda kebanyakan IPTS juga menyediakan bantuan kewangan. Maklumat berhubung perkara ini boleh diperolehi daripada pejabat pendaftar atau bahagian hal ehwal pelajar di IPTS tersebut.

* Sila muat turun e-book Panduan Pemilihan IPTS untuk perincian maklumat

Lokasi Pengajian
  1. Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran.
  2. Ada segelintir pelajar yang tidak gemar berjauhan dari keluarga. Pilihlah IPT yang lokasi jaraknya bersesuaian dengan jiwa dan tahap ketahanan mental anda dalam menghadapi ‘homesick’ .
  3. Pelajar digalakkan untuk membuat lawatan ke lokasi IPTS terlebih dahulu bagi memastikan keselesaan seperti kemudahan asrama, kemudahan pengangkutan dan sebagainya kerana ia akan mempengaruhi pembelajaran anda.
Kemudahan/ Infrastruktur IPTS

Kenalpasti :

  1. Kemudahan dan insfrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa.
  2. Kemudahan – kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi, pengangkutan, perpustakaan, khidmat kaunseling dan aktiviti kurikulum.
  3. Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran dengan kampus.
Peluang Melanjutkan Pengajian
/ Bidang Kerjaya
  1. Kursus yang ditawarkan adalah kursus yang mempunyai pasaran yang meluas dalam bidang pekerjaan sekarang.
  2. Kursus berkenaan berupaya memberi peluang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Maklumat Penarafan IPTS/
Program

Mengenal pasti IPTS yang mempunyai penarafan MyQUEST/SETARA.

SISTEM PENARAFAN IPT MALAYSIA (SETARA)

Sistem SETARA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam Kerangka Kelayakan Malaysia (peringkat Ijazah Pertama)

* Sila muat turun e-book Panduan Pemilihan IPTS untuk perincian maklumat

 

Muat turun E-book Panduan Panduan Pemilihan IPT Swasta  
  • Hits: 250

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2020 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pangajian Tinggi. Hak Cipta Terpelihara