Program APEX

Pengenalan
Pendekatan utama yang diperlukan untuk mencapai universiti berstatus dunia adalah melalui penubuhan satu atau dua Universiti Apex. Universiti merupakan satu konsep yang bermatlamatkan kewujudan satu institusi mercu dan menjadi pusat akademik negara yang unggul.

Berdasarkan pengalaman universiti terbaik dunia, Universiti Apex akan diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia. LPU yang terdiri daripada professional berkaliber mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. LPU akan melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi di universiti. Universiti Apex juga akan memilih pelajar berdasarkan merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holistik termasuk melalui temu duga. Walaubagaimanapun, komposisi kumpulan pelajar perlu mewakili pelbagai entik tanpa kompromi dalam kelayakan akademik.

Universiti Apex akan menjadi tempat untuk menarik pelajar pintar dan ahli akademik cemerlang kekal di IPT tempatan

Tujuan

Pemimpin terbaik
Universiti Apex akan diketuai oleh pemimpin yang mempunyai ciri berikut:
Cemerlang, berwawasan, bersemangat dan komited untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam bidang kesarjanaan
Pengurusan dan pentadbiran yang berbakat untuk mengurus sumber manusia serta aset universiti yang lain
Komunikator cemerlang yang fasih berbahasa Inggeris, bermoral tinggi dan berintegriti serta bertindak sebagai peniup semangat

Fakulti terbaik
Fakulti perlu mempunyai ciri berikut:
Ahli akademik yang berbakat dan tersohor kesarjanaannya dalam pelbagai bidang.  Ahli akademik yang terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat luar negara akan mewujudkan suntikan ilmu global yag sihat serta menjadi pengajaran yang hebat selain menjadi penyelidik yang cemerlang dalam bidang masing-masing
Teknik pengajaran sentiasa berkualiti dan relevan
Penyelidikan mereka kreatif dan inovatif yang direka khusus untuk kemajuan penyelidikan serta memperluas ilmu

Pelajar terbaik
Pelajar yang dipilih ke Universiti Apex perlu berdasarkan  merit dengan kriteria dan syarat kelayakan yang tidak boleh di kompromi.  Ciri pelajar di Universiti Apex perlu mempunyai:
Kecemerlangan akademik yang tinggi secara berterusan dan konsisten sepanjang jangka masa kursus
Pencapaian yang baik melalui penilaian yang ketat
Pelajar dalam dan luar negara yang cemerlang

Kemudahan terbaik
Universiti Apex akan dilengkapi dengan kemudahan terbaik dan terkini untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.
Matlamat
Satu atau dua buah Universiti Apex akan diwujudkan dalam tempoh RMK ke-9
Universiti Apex akan diberi autonomi untuk membolehkannya  memberi fokus untuk menjadi universiti yang terbaik

  • Hits: 21230

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2023 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Hak Cipta Terpelihara