RANGKUMAN HARI KONSULTASI PEMBAHARUAN PENDAFTARAN IPTS 2024
Putrajaya, 07 Mac 2024 - Bahagian Standard Swasta Jabatan Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Hari Konsultasi Pembaharuan Pendaftaran IPTS 2024. Hari Konsultasi Pembaharuan Pendaftaran IPTS 2024 ini telah dirasmikan oleh YBrs. En. Husaini Amir bin Azizan iaitu Pengarah Bahagian Standard Swasta Jabatan Pendidikan Tinggi.
Tujuan Hari Konsultasi Pembaharuan Pendaftaran IPTS 2024 ini dilaksanakan adalah untuk memberi taklimat dan pendedahan kepada IPTS yang akan memperbaharui perakuan pendaftaran masing-masing yang akan tamat pada 2025. Program ini telah disusuli dengan beberapa sesi taklimat yang sangat bermanfaat kepada IPTS. Antaranya, Taklimat Permohonan Pembaharuan Pendaftaran IPTS, Taklimat Permohonan Pembaharuan Pendaftaran IPTS melalui sistem e-IPTS, Prosedur Pengemukaan Permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sesi Konsultasi bersama pegawai Seksyen Pendaftaran.
Diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat membantu proses permohonan pembaharuan pendaftaran IPTS serta isu-isu yang berbangkit di samping mewujudkan kerjasama yang baik antara pihak JPT dan IPTS ke aras pendidikan tinggi yang berkualiti.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini.
- Hits: 10559